Minat vs keberkatan
9:48 PM
Assalamualaikum. Hello peeps.


My everything. *Throwack 2 years ago masa separa kurus*

Well tajuk pendek so, nak start membebel straight to the point lah. Maaf la nak cakap haha because tak update pasal menjana income haha. Tengah fikir berbaloi tak aku update benda tu. Hihik.

Okay lah semua. Tengok tajuk pun dah tahu, semua pasal cita cita. Well ni dah blog Alia kan ? Of course akan cerita pasal Alia . Hahah takkan nak cakap pasal jiran sebelah rumah haha.

Nak dipendekkan cerita my life all along dari kecik sampai besar dah biasa kena atur dengan parents. Nak ambil course apa, sekolah mana, and what should you do. Pokok kata semua lah. Awal awal dulu memberontak lah jugak. Lama lama. Dah biasa, sampai kadang kadang bila kena buat keputusan sendiri tak pandai. Rasa nak nangis guling guling. Memang stress tahap. Aku, kalau nak decide something memang akan tanya habis orang berkali kali dan keputusan aku tak pernah tetap asyik menonong ikut orang je. Biar la orang kata aku ni manja sekalipun. Kan bagus kalau kahwin nanti, aku ikut je suami aku cakap apa. Takdenye dia nak stress ada isteri selalu bantah hahaah. Di sebabkan perangai aku yang satu ni lah, ramai dah kena tegur dengan orang.

Okay, oleh itu. Jadi nak consider aku anak yang baik mendengar kata aku ikut je apa parents suruh buat atau ambil course apa apa. Memang orang kata apa, keberkatan mak ayah tu kan. Memang aku suceed in almost anything la. Almost okay tak semua. Sebab tu aku tak raa menyesal. Biar la susah tahap mana pun, aku tak minat. Aku telan jugak, asal diorang happy.Dah namanya nak keberkatan ibu bapa tu kan.

Nak dijadikan cerita, start masuk university. Acah baru matrik kot. Mata aku terbuka luas. Memang dia menyentapkan habis lah. Sebenarnya minat kita tu agak penting. Bukan agak dah memang penting. How come benda you tak minat you nak paksa diri you buat jugak ? Kan. Am I rite ? So actually benda ni kita boleh pupuk. Ok, you tahu parents you nak you jadi apa, you slowly usaha untuk minat benda tu. Minat ni bukan nye tiba tiba je muncul dalam hati you. Dia ada benda yang mendorong kita untuk jadi minat tu.

Oleh itu, bila jadi macam tu, kita kena try slow slow pupuk dan semai minat tu. Jangan jadi macam aku. Berkali kali kena naikkan semangat diri kenapalah aku buat benda ni@ambik course ni @belajar benda ni. Sampai satu tahap aku rasa dah tak mampu buat benda ni tapi jauh disudut hati aku, aku tahu aku mampu. Then, aku duduk renung balik. Kenapa dalam dua tahun belajar kat uia aku jadi macam ni.Tak berapa semangat nak belajar. susah nak belajar.  Nak kata aku tak biasa sibuk ? Tipu sangat. Dari sekolah rendah dah biasa ponteng kelas sebab join itu ini, urus program itu ini. Memang dah biasa. Menangis tiap tiap malam sebab tak siap homework habis basah buku bercucuran air mata. Tapi aku mampu untuk survive lagi. Bila dah masuk uni ni, semua benda dah tak sama macam dulu.

Then I realised, selain dari aku nak keberkatan parents, minat untuk ambil sesuatu bidang yang aku tak minat tu kena ada. Aku kena cuba. Sure it is hard but slowly try and try. Kadang kadang aku jealous dengan orang sekeliling aku yang mampu buat pilihan sendiri tanpa ada ikatan parents. Tapi aku sedar semua ada hikmah dia kan.Ye berapa ramai lagi yang macam aku, terikat dengan pilihan parents. Senyum dan pandang langit Slowly alia. Masih ada masa untuk berubah untuk pupuk minat tu. Huhu doakan yeee ;)

Adios. Moga kalian jugak turut dapat mengejar cita cita masing masing

Written by Alia June 23, 2016 0 talking something


OLDIES |