Minat vs keberkatan
9:48 PM
Assalamualaikum. Hello peeps.


My everything. *Throwack 2 years ago masa separa kurus*

Well tajuk pendek so, nak start membebel straight to the point lah. Maaf la nak cakap haha because tak update pasal menjana income haha. Tengah fikir berbaloi tak aku update benda tu. Hihik.

Okay lah semua. Tengok tajuk pun dah tahu, semua pasal cita cita. Well ni dah blog Alia kan ? Of course akan cerita pasal Alia . Hahah takkan nak cakap pasal jiran sebelah rumah haha.

Nak dipendekkan cerita my life all along dari kecik sampai besar dah biasa kena atur dengan parents. Nak ambil course apa, sekolah mana, and what should you do. Pokok kata semua lah. Awal awal dulu memberontak lah jugak. Lama lama. Dah biasa, sampai kadang kadang bila kena buat keputusan sendiri tak pandai. Rasa nak nangis guling guling. Memang stress tahap. Aku, kalau nak decide something memang akan tanya habis orang berkali kali dan keputusan aku tak pernah tetap asyik menonong ikut orang je. Biar la orang kata aku ni manja sekalipun. Kan bagus kalau kahwin nanti, aku ikut je suami aku cakap apa. Takdenye dia nak stress ada isteri selalu bantah hahaah. Di sebabkan perangai aku yang satu ni lah, ramai dah kena tegur dengan orang.

Okay, oleh itu. Jadi nak consider aku anak yang baik mendengar kata aku ikut je apa parents suruh buat atau ambil course apa apa. Memang orang kata apa, keberkatan mak ayah tu kan. Memang aku suceed in almost anything la. Almost okay tak semua. Sebab tu aku tak raa menyesal. Biar la susah tahap mana pun, aku tak minat. Aku telan jugak, asal diorang happy.Dah namanya nak keberkatan ibu bapa tu kan.

Nak dijadikan cerita, start masuk university. Acah baru matrik kot. Mata aku terbuka luas. Memang dia menyentapkan habis lah. Sebenarnya minat kita tu agak penting. Bukan agak dah memang penting. How come benda you tak minat you nak paksa diri you buat jugak ? Kan. Am I rite ? So actually benda ni kita boleh pupuk. Ok, you tahu parents you nak you jadi apa, you slowly usaha untuk minat benda tu. Minat ni bukan nye tiba tiba je muncul dalam hati you. Dia ada benda yang mendorong kita untuk jadi minat tu.

Oleh itu, bila jadi macam tu, kita kena try slow slow pupuk dan semai minat tu. Jangan jadi macam aku. Berkali kali kena naikkan semangat diri kenapalah aku buat benda ni@ambik course ni @belajar benda ni. Sampai satu tahap aku rasa dah tak mampu buat benda ni tapi jauh disudut hati aku, aku tahu aku mampu. Then, aku duduk renung balik. Kenapa dalam dua tahun belajar kat uia aku jadi macam ni.Tak berapa semangat nak belajar. susah nak belajar.  Nak kata aku tak biasa sibuk ? Tipu sangat. Dari sekolah rendah dah biasa ponteng kelas sebab join itu ini, urus program itu ini. Memang dah biasa. Menangis tiap tiap malam sebab tak siap homework habis basah buku bercucuran air mata. Tapi aku mampu untuk survive lagi. Bila dah masuk uni ni, semua benda dah tak sama macam dulu.

Then I realised, selain dari aku nak keberkatan parents, minat untuk ambil sesuatu bidang yang aku tak minat tu kena ada. Aku kena cuba. Sure it is hard but slowly try and try. Kadang kadang aku jealous dengan orang sekeliling aku yang mampu buat pilihan sendiri tanpa ada ikatan parents. Tapi aku sedar semua ada hikmah dia kan.Ye berapa ramai lagi yang macam aku, terikat dengan pilihan parents. Senyum dan pandang langit Slowly alia. Masih ada masa untuk berubah untuk pupuk minat tu. Huhu doakan yeee ;)

Adios. Moga kalian jugak turut dapat mengejar cita cita masing masing

Written by Alia June 23, 2016 0 talking something


Tips Nak Menjana Income Bagi Students dengan Mudah !
9:18 AM
Assalamualaikum semua. Apa khabar? Baik? Alhamdulillah.. Moga moga kita sentiasa dalam redha-Nya.

Haha. Ok now back to topic. So dah boleh bayang apa Alia nak bercerita hari ni ? Haha all is about money babeyh.

Well, I would say it is normal for student masa cuti semester begini merancang untuk bekerja sambilan di mana mana kan ? Ye lah, sambil nak isi masa lapang perlu jugak persediaan duit tu nak menghadapi masa depan. Tapi tahu tahu jelakan bila bekerja ni, dari pagi sampai petang. Balik balik mesti terbongkang tidur akibat keletihan mencari rezeki di pagi hari. Acahnyeee ayatku hehe. 

Maka jangan risau readers ku yang entah ada pun tidak ni pun tak tahu. Alia ada solution atau cara mudah nak dapatkan duit. At least kalau ada kawan ajak lepak ada la duit sikit sikit kan ? Ye la, kalau keluar mesti at least RM 10 kena keluar la. Takde keluar free free ye dop ?

Ok. Now. apa caranya Alia? Apa yang berleter panjang benar.

Mudah saje. First sekali kau cuba godek godek barang dapur apa yang tak cukup, misalnya ikan habis ke, bawang habis ke, kicap ke garam gula ke. Barang yang habis yang kau cari tu biar la logik sikit. Contoh kau bagitahu perencah tomyam perisa adabi dah habis. Tu barang bukan urgent nye nak beli nak guna nak pakai.

Then, kau propose la kat ayah kau.

Bagaimana ye ini ayah. Ikan di rumah dah habis. Apalah kita nak makan tengah hari ini ye?

Dan kalau kau tengok tiada respons, terus je kau volunteer nak tolong belikan barang barang tu cuma minta duit saja dari ayahnya. Paling paling kurang ayah akan bagi kau RM 50 kan? So, kau pandai pandai lah bajet beli, kalau ada lebihan boleh masuk poket. HAHAHA

SEKIAN.

Ini lah cara Alia mendapatkan duit dengan mudah tatkala menanam anggur di rumah. Sebab tu boleh survive even tak kerja. Menarik bukan. hahaha.

Sorry korang kalau tak praktikal cara sebegini. Esok Alia post cara sebenar okay ? Bye. Adios.

Written by Alia May 27, 2016 1 talking something


OLDIES |